English Tuition for UPSR
7 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Rantau Panjang Sibu Sarawak mengambil inisiatif bagi membantu pelajar-pelajar yang bakal menghadapi UPSR dengan mengadakan English Tuition pada 6 Januari 2018 (Ahad). Objektif aktiviti ini adalah bagi memamtapkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris. Aktiviti ini diadakan selama 2 jam dari jam 2:30 hingga 4:30 petang. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar 9 orang pelajar iaitu 7 orang pelajar UPSR dan 2 orang pelajar tahun 5 .
Semasa aktiviti ini, pelajar diberikan latihan berkenaan Positive & Negative Statement. Latihan menukar ayat positif dengan penambahan ‘not’ , ‘do not’, ‘does not’ dan ‘did not’.
Tidak dinafikan, agak sukar bagi pelajar bumiputera untuk menguasai Bahasa Inggeris namun kesungguhan pelajar ini terserlah. Oleh yang demikian, Pusat Internet Rantau Panjang mengambil inisetif ini bagi membantu pelajar yang akan menghadapi UPSR ini. Moga diharapkan mereka yang akan menghadapi UPSR akan terus maju dalam pelajaran mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: